Isipadu Cecair Tahun 2
Friday, November 26, 2010
MAKSUD ISIPADU CECAIR
MAKSUD ISIPADU CECAIR
Isi padu cecair adalah merujuk kepada jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas atau dengan erti kata lain isi padu cecair bermaksud banyaknya muatan cecair atau kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Bentuk dan saiz sesuatu bekas yang berbeza tidak semestinya mempuyai isi padu yang berbeza dan kadangkala ia mempunyai isipadu yang sama bergantung kepada kuantiti cecair tersebut. Pelajar kebiasaanya mudah terkeliru dengan bentuk dan saiz sesuatu bekas. Mereka beranggapan bahawa bekas yang tinggi atau besar mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding dari bekas yang rendah atau kecil. Ini adalah disebabkan pada peringkat umur ini mereka tidak memahami konsep isi padu cecair. Pada peringkat ini murid lebih memberi penekanan kepada saiz ketinggian bekas yang dilihat. Kapasiti atau muatan boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ @ unit bukan piawai (lebih atau kurang) dan ‘standard unit’ @ unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz . Untuk menerangkan konsep isi padu ini dengan lebih jelas kita boleh menggunakan sebarangan bekas yang mempunyai pelbagai sauz dan bentuk seperti menggunakan cawan, tin minuman, mangkuk dan sebagainya sebagai alat penyukat untuk menyukat cecair di dalam sesuatu bekas. Unit rujukan pula adalah berdasarkan alat penyukat yang digunakan. Cara yang murah dan mudah untuk melakukan aktiviti ini adalah dengan meminta pelajar mengumpulkan beberapa bekas seperti botol air mineral, tin minuman ringan, dan lain-lain yang boleh didapati di sekitar mereka.
CARA MENYUKAT ISIPADU CECAIR
Isipadu cecair boleh diukur dengan menggunakan alat penyukat yang tersendiri seperti selinder penyukat. Bacaan pada selinder penyukat menandakan kapasiti atau isipadu cecair tersebut. Bacaan adalah dalam unit milliliter ( ml ), dan liter ( L ). Untuk membaca bacaan pada selinder penyukat kita hendaklah berada separas dengan aras cecair di dalam selinder penyukat tersebut dan bacaan adalah pada aras sekata pada selinder penyukat tersebut.
ALAT UNTUK MENYUKAT ISIPADU CECAIR
BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK TAJUK ISIPADU CECAIR
CONTOH PENGAJARAN
AKTIVITI 1 ( MURID KURANG MENGUASAI KEMAHIRAN
AKTIVITI 1 ( MURID KURANG MENGUASAI KEMAHIRAN
Hasil Pembelajaran | : | Membuat perbandingan terhadap kapasiti air di dalam bekas minuman. | |
Bahan-bahan | : | Bekas minuman dan air | |
Langkah-langkah | : | 1) | Mempamerkan 3 bekas minuman yang terdiri daripada bekas A, bekas B dan bekas C. |
2) | Murid memberitahu persamaan dan perbezaan di antara ketiga-tiga bekas yang dipamerkan | ||
3) | Perkenalkan kosa kata 'kosong', 'penuh' dan 'separuh penuh'. | ||
4) | Minta murid menyusun bekas - bekas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh. | ||
5) | Kemudian minta murid suaikan bekas minuman tersebut dengan perkataan yang diberikan. |
PADANKAN GAMBAR DENGAN PERKATAAN
AKTIVITI 2 ( MURID MENGUASAI KEMAHIRAN )
Hasil Pembelajaran | : | Membandingkan isipadu cecair. | |
Bahan-bahan | : | 5 botol minuman dan air, kad perkataan | |
Langkah-langkah | : | 1) | Pamerkan 5 bekas minuman yang terdiri daripada bekas A, B, C, D dan E. |
2) | Perkenalkan kosa kata 'kosong', 'penuh', 'separuh penuh', 'lebih banyak' dan ‘kurang’. | ||
3) | Minta murid melabelkan bekas dengan kad perkataan jawapan yang betul seperti di bawah. |
LATIHAN
Bekas A adalah _______________
Bekas B adalah _______________
Bekas C adalah _______________
Bekas D mengandungi _______________ air daripada bekas E
Bekas E mengandungi _______________ air daripada bekas B
PROFILE
SUBJEK : HBMT TEACHING MATEMATIK IN YEAR 2
NAMA : FAIZAL BIN ABDUL KADIR
NO. KP : 750305035013
NO MATRIK : 750305035013002
EMAIL : azas_53@yahoo.com
NAMA TUTOR : GOH THIAN HEE
Subscribe to:
Posts (Atom)